Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Skip Navigation LinksNews Headline

RBAIRF OFFICERS GRADUATED FROM THE 23rd INTERMEDIATE STAFF COURSE

​​KAMPONG TANAH JAMBU, Thursday, 30 November 2023 – A total of 9 Royal Brunei Air Force (RBAirF) officers completed the 23rd Royal Brunei Armed Forces (RBAF) Intermediate Staff Course (ISC) hosted by the Leadership and Management Centre (LMC), Defence Academy, Royal Brunei Armed Forces (DA RBAF).

The Closing Ceremony was held at the DA RBAF in Kampong Tanah Jambu today, with Yang Mulia Major General Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Commander of the RBAF, present as the Guest of Honour. Also present were the Services' Commanders, Deputy Commissioner of Police, Defence Attachés and Advisers from Indonesia, Malaysia, Singapore and Thailand, Second Secretary of Cambodia and Senior Officers from RBAF.

The ISC aims to groom the participants to become better and more competent leaders, transitioning from Junior Officers to Middle Management Officers and progressing from the tactical to operational levels.

RBAirF would like to express appreciation to Major (U) Pg Ady Hafriz bin Pg Yusof for the commitment and hard work throughout the ISC 23/2023 as invited Directing Staff and congratulate to Captain (U) Pg Rosini bin Pg Mohiddin, Captain (U) Muhd Ali Saddiqin bin Haji A. Murni, Captain (U) Pg Adri Firdaus bin Pg Rakawi, Captain (U) Md Hifdzullah bin Haji Mat Yamin, Captain (U) Muhd Nazmi bin Dato Paduka Haji Mohd Shahminan, Captain (U) Muhd Nurhamizan bin Mawardi, Captain (U) Muhd Yazin bin Ismail, Captain (U) Pg Md Hassanal Arif bin Pg Ail Sham and Captain (U) Mohamad Azime bin Haji Ahmad, who have successfully completed the prestigious course and wish them all the best in their future endeavours.

RBAirF would like to congratulate all the officers who have successfully completed the prestigious course and wish them all the best in their future endeavours.


PEGAWAI TUDB TAMAT KURSUS STAF PERTENGAHAN KE-23

KAMPONG TANAH JAMBU, Khamis, 30 November 2023 – Seramai 9 orang Pegawai Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) telah selesai menghadiri Kursus Staf Pertengahan kali ke-23 anjuran Pusat Kepimpinan dan Pengurusan, Akademi Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (AP ABDB).

Majlis Penutup Kursus yang telah diadakan di AP ABDB, Kampong Tanah Jambu pada hari ini dihadiri oleh Yang Mulia Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, Pemerintah ABDB, selaku Tetamu Kehormat. Turut hadir di majlis ini adalah Pemerintah-pemerintah Angkatan Tentera, Timbalan Pesuruhjaya Polis, Atase dan Penasihat Pertahanan daripada Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand, Setiausaha Kedua Kemboja dan Pegawai-pegawai Kanan ABDB.

Kursus ini bertujuan untuk melatih para peserta kursus agar menjadi pemimpin yang lebih baik dan cekap, beralih dari seorang Pegawai Muda kepada Pegawai Pengurusan Pertengahan serta meningkat dari berfikir di peringkat taktikal ke peringkat operasi. Sehubungan dengan itu,

TUDB ingin menyampaikan penghargaan kepada Mejar (U) Pg Ady Hafriz bin Pg Yusof atas kerja keras dan komitmen sepanjang menjadi tenaga pengajar jemputan untuk kursus Staf pertengahan 23/2023 dan tahniah kepada Kapten (U) Pg Rosini bin Pg Mohiddin, Kapten (U) Muhd Ali Saddiqin bin Haji A. Murni, Kapten (U) Pg Adri Firdaus bin Pg Rakawi, Kapten (U) Md Hifdzullah bin Haji Mat Yamin, Kapten (U) Muhd Nazmi bin Dato Paduka Haji Mohd Shahminan, Kapten (U) Muhd Nurhamizan bin Mawardi, Kapten (U) Muhd Yazin bin Ismail, Kapten (U) Pg Md Hassanal Arif bin Pg Ail Sham and Kapten (U) Mohamad Azime bin Haji Ahmad, yang telah berjaya menamatkan kursus berprestij tersebut dan mendoakan yang terbaik untuk mereka pada masa hadapan.

TUDB ingin mengucapkan tahniah kepada semua Pegawai-pegawai yang telah berjaya menamatkan kursus yang berprestij ini dan mendoakan yang terbaik untuk mereka pada masa hadapan.